flash

***SELAMAT DATANG KE PELITA HATI NETWORK.BLOGSPOT***

Sabtu, 20 April 2013

Hari Bersejarah Buat Kami Team Futsal....Syabas Team Futsal Wanita...

Hari ini 20/4/2013 adalah hari yang di tunggu-tunggu...kami team futsal PKPDSB beraksi di pentas realiti untuk menunjukkan kemampuan sebenar di perlawanan futsal tertutup Jabatan kesihatan Daerah Sabak Bernam di Politeknik Sultan Idris Shah Sg Lang Parit Bharu...team lelaki kami yang menggunakan nama Geraham FC mendapat tempat ke-4...hahahahaha...tempat ke-4 tu...bukan senang nak dapat tempat ke-4...kerana hanya 4 pasukan futsal lelaki sahaja yang mengambil bahagian...apapun tahniah la kerana team lelaki dah bermati-matian jugak dengan hampir semua pemain dah injured...kerana kekurangan stamina dan ramai pemain utama injured kami tersungkur pada perlawanan terakhir iaitu pada perlawanan ke-3....apapun team kami tak jauh ketinggalan dari segi corak permainan dengan team kesihatan yang jauh berpengalaman dari kami....kurang-kurang kami tak la pulang dengan tangan kosong...hahahaha...tahniah la buat Graham FC...



final futsal kp sg besar
Wajah-wajah kecewa di kem futsal lelaki...tak pe...kami akan kembali


Walaupun tewas kami masih mampu senyum lagi...



Tetap setia menjadi penyokong tegar untuk team futsal wanita


Lain pulak ceritanya di kem futsal wanita...Tepat pukul 6.55 petang team futsal wanita yang kami tak duga selama ini...telah dinobatkan sebagai juara futsal ketegori wanita....pehhh...memang menakjubkan aksi team futsal wanita bagaikan dah 15 tahun bermain futsal...sememangnya kami pun tak menyangka team wanita boleh jadi juara...tapi atas sokongan padu dan sorakkan ala sorakkan "ultras malaya" dari team lelaki kita yang dah tersungkur awal, team wanita bagaikan harimau lapar yang dahagakan gol-gol sehingga menjadi juara...dari  attacker, midfield, defense sehingga ke benteng terakhir kita keeper, hampir semua perlawanan dikuasai oleh team wanita kita, sehingga perlawanan seolah-olah jadi one way traffic pada setiap perlawanan...mungkin atas bimbingan dari player lelaki curahan ilmu sehingga pemain futsal lelaki injured semuanya...hahahahaha...gurau jer...kat sini aku nak bagi anugerah kat seseorang la kat pemain wanita ni...tapi sorang jer la..hehehe...woman of the match (intan) dan tak lupa ct (k) yang umpama "perisai adnan" dan dr nabiha "playmaker" kita serta shima "strong defense"....tapi semua pemain mainkan peranan terbaik lah...tahniah buat team wanita kerana mengharumkan nama jabatan pergigian daerah sabak bernam...memang korang semua best giler...sampai aku tak boleh nak komen...rasa macam nak main lagi jer esok...hari isnin ni mesti big bos kita bangga ye...hahaha...tahniah sekali lagi semua...apapun suka duka kami team PKPDSB kongsi bersama...layan la gambar suasana dan detik-detik bersejarah kat bawah ni kalau ada masa...huhuhu...


juara futsal wanita PKPDSB
Memori terindah 2013


juara futsal wanita pkpdsb 2013
Bersemangat....Team futsal wanita pkpdsb



Antara aksi pemain wirawati kita 


Nah!!! Aksi keeper kita melontar bola ke tengah gelanggang... hebat!


 Meraikan kejayaan ke final


juara futsal 2013 pkpdsb
 Wajah-wajah ceria wirawati kita...happy nampak


 Walaupun kalah tapi dapat jugak ole-ole


Fuhhh!!! no komen...


juara futsal wanita pkpdsb sabak bernam 2013
You all terbaik laa...syabassssss

team futsal pejabat kesihatan pergigian daerah sabak bernam
Dari kiri atas fiza, dr nabiha, intan, shila, hawa, anom, shima, ct (k)
Dari kiri bawah fuad, nizam, jeppius, rudi, mattius, irwan, hisam, amran, dr rafi
Inilah kami...jom kita balik...bye bye


Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat...dari a-z, tak lupa "chief the mission" kita en Hisam yang boleh bertahan dengan kerenah anggota kita yang gila-gila remaja sikit ni..."coach" team kita ustaz Amran yang tak kering gusi memberikan nasihat, tunjuk ajar dan pedoman, "team adviser" en. ramli, makan minum kepada yang bagi sumbangan...dr rafi, juga "sponsor" big boss Dr misah dan semua pemain-pemain kita yang sporting giler...best wooo...opss!!...puan ct (k) kita keeper internasionale mungkin terpilih dalam senarai pemain dikehendaki daerah untuk mewakili daerah dan semua! dan semua!  dan semua...all the best la...selamat maju jaya...majulah gigi untuk negara...jumpa lagi di episod seterusnya...bye bye
                                            
- TAMAT-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan