Assalamualaikum...cerita ni dah hampir setahun berlalu, cuma tak sempat nak selit kat blog ni... so cuti-cuti persekolahan penggal pertama persekolahan ni aku layan dengan mem n anak-anak aku kat cameron highlands... layannnnnnn
Pelita Hati Network
pelitahatinetwork.blogspot.com
flash
Jumaat, 19 Disember 2014
Rabu, 17 Disember 2014
CUTI-CUTI MELAKA
Assalamualaikum dan salam satu malaysia...
Lama juga aku tak update blog ni... cuma bila berkesempatan macam ni baru lah ada terlintas nak buang karen sikit...huhuhuhu... ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku semasa aku bercuti di melaka. Pengkalan tidor aku berpusat di Klebang beach resort. Nak tengok harga boleh klik kat sini. Bercerita pasal negeri melaka ni, negeri yang hanya berkeluasan 1658 km2 ( kilometer persegi ) rasanya sesuai sangatlah kalau percutian aku ni di lanjutkan sehari dari plan asal ( 2 hari 1 malam ) plan baru... 3 hari 2 malam... standard holiday... pengalaman aku yang lepas memberi sedikit pengajaran agar aku menginap lebih lama di tempat percutian agar bila balik bercuti nanti kurang la sikit stressnya...huhuhu...
Berbalik pada cerita aku kat Melaka ni. melaka ni memang banyak tempat2 bersejarah, tempat menarik, tempat berkelah, taman2 dan macam2 lagilah tempat2 yang best giler yang tak sempat aku lawat disebabkan bajet cuma 3 hari 2 malam...huhuhu... nahhhh lokasi mula2 aku masuk, Taman mini malaysia... tak pasti berapa aku kena cas, dalam lingkungan rm45 2 dewasa dan 2 kanak-kanak... bagi aku tempat ni bosan, tapi mem aku cakap seronok... aku bosan sebab semuanya rumah..... jom layan kalau senang...
KOTA A'FAMOSA
PIRATE SHIP
RIVER CRUISE
Ha ha... ni aku nak kongsi sikit ni... Dalam banyak-banyak tempat yang aku lawati, aku rasa la menaiki melaka river cruise la yang paling seronok dan puas sekali... mau tak puas, dekat sejam aku duduk atas bot merentasi sungai melaka yang tak tahu penghujungnya... Alhamdulillah sampai jugak aku ke jeti pendaratan dengan rasa kepuasan hanya bertiketkan rm10 dewasa dan rm5 kanak-kanak. Aku rasa tak rugi pasal memang lama duduk atas bot tu dengan ketenangan yang tiada berombak, menikmati pemandangan di tepi sungai melaka dan banyak lagi yang aku tak paham nak sebut...hahahaha... nak tahu lebih lanjut klik kat sini
MENARA TAMINGSARI
TAMAN BUAYA
ZOO MELAKA
KLEBANG BEACH RESORT
HANG TUAH CENTRE
PLANETERIUM MELAKA
Maka tamatlah cuti-cuti malaysiaku hari ni.... semoga berjumpa lagi di coretan yang lain...bye bye..
- TAMAT-
Langgan:
Catatan (Atom)